Pages

Tempe~



SISTEM imun yang baik diperlukan bagi menjaga kesihatan dan di sinilah bagaimana bakteria

dalam

usus dilihat memainkan peranan penting bagi memperkuatkan lagi sistem imun.

Nisbah sesuai bakteria baik dan tidak baik dalam flora sistem pencernaan didapati penting bagi memastikan sistem imun berkembang dengan baik untuk berfungsi pada tahap optimum.

Bagaimanapun, dengan munculnya perubatan moden di mana antibiotik dilihat sebagai penawar bagi pelbagai penyakit, lazimnya populasi mikrob yang baik dalam tubuh juga terhapus dan lebih buruk lagi, sistem imun tidak dirangsang untuk berkembang sepenuhnya secara semula jadi.

Seorang penggiat aktif perubatan alternatif dan sains semula jadi, L.Thialan berkata, manusia telah lupa tentang peranan bakteria dalam membantu meningkatkan fungsi sistem imun.

Thialan yang merupakan Pengarah Urusan Ohhira Nutrition Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang merintis penyelidikan dan pembangunan pemakanan tambahan menekankan kebaikan probiotik, iaitu bakteria yang membantu.

Beliau yang telah banyak mengkaji kerja-kerja Dr. Bernard Jensen, nama yang disegani dalam kajian probiotik begitu yakin nilai terapeutik probiotik.

Thialan juga rakan kepada seorang lagi penggiat terkemuka probiotik yang merupakan seorang saintis terkemuka di dunia, Dr. Ichiroh Ohhira.

Beliau menunjukkan bahawa gaya hidup tidak sihat, amalan pemakanan tidak baik, penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya, tekanan mental dan pencemaran alam sekitar telah mengganggu keseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik dalam tubuh yang seterusnya menyumbang kepada sistem imun yang lemah.

Sebelum ini, diet orang Asia kaya dengan probiotik, misalnya tempe iaitu satu juadah popular masyarakat Melayu yang mengandungi bakteria asid laktik yang berguna untuk tubuh.

Kajian menunjukkan bakteria strain TH10 ini mampu melawan bakteria berbahaya MRSA (methilcillin resistant Staphylococcus aurues).

Malangnya, tempe semakin hari semakin dipinggirkan daripada diet harian apabila kita semakin banyak mengamalkan pemakanan Barat.

Simptom-simptom seperti penyusutan dalam kepadatan tulang dan kecekapan penyerapan mineral, senak perut, sembelit, cirit-birit, alergi makanan, migrain dan keadaan tak bermaya juga berpunca kerana kekurangan probiotik dalam usus.

Bukan setakat itu sahaja masalahnya. Kekurangan probiotik juga menyebabkan sistem imun tidak berkembang dengan baik dan ini boleh membawa kepada gangguan sistem imun, alergi dan barah.

Jadi, bagaimana kita boleh meningkatkan fungsi sistem imun?

Bagi Thialan, meningkatkan fungsi sistem imun bermakna kita perlu kembali ke pangkal jalan.

Beliau menggalakkan pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik melalui diet harian atau melalui pemakanan tambahan dalam bentuk kapsul, serbuk dan pil.

Pada umumnya, probiotik membantu menjadikan kolon bersifat asid, membantu pergerakan usus, menyingkirkan gas daripada usus, menambahbaik fungsi sistem imun, bantu membentuk vitamin, menyahaktif bahan-bahan yang menyebabkan barah, bantu kawal kolestrol dan paras hormon.

Satu lagi peranan penting probiotik ialah dalam penghasilan laktase, enzim yang perlu bagi mengurai susu dan produk susu.

"Perlu ingat yang ia mengambil masa lebih kurang setahun untuk mewujudkan semula flora dalam sistem usus kita," katanya.

Tetapi bagaimana untuk memilih probiotik yang sesuai?

Thialan menunjukkan bahawa hari ini terdapat pelbagai pemakanan tambahan probiotik dalam pasaran tetapi terdapat beberapa kriteria yang perlu ditimbangkan terlebih dahulu dalam memilih probiotik yang berkesan.

Pertama, ia harus mengandungi strain-strain yang terbukti selamat dan berkesan. Kebanyakan probiotik hanya menyenaraikan jenis bakteria tetapi bukan strain bakteria itu.

Beberapa daripada strain bakteria berkesan termasuk Enterococcus faecalis TH10, Lactobacillus acidophilus (c), Lactobacillus bulgaricus, Bifidobacterium longum (c), Enterococcus faecalis TH10 (c) dan Streptococcus thermophillus.

Keduanya, mereka harus kekal aktif di sepanjang sistem gastro-usus. Para pengilang seringkali menekankan bilangan bakteria dengan mendakwa kehadiran berbilion mikroorganisme dalam setiap dos atau kapsul. Namun, kadar survival dalam asid perut lebih penting daripada bilangan itu.

Ketiga, mereka harus dapat melekat pada dinding usus dan membiak di situ. Banyak daripada probiotik komersial diempar dan disejukbeku dan ini mungkin menjejaskan keupayaan mereka untuk membentuk rod-rod yang mengikat mereka menjadi rantai-rantai pendek yang melekat pada dinding usus.

Adakah probiotik benar-benar berkesan?

Mengenai keberkesanan probiotik, Thialan berkata, buktinya dapat dilihat oleh mereka yang mengambil probiotik. Thialan menceritakan pengalamannya lebih 20 tahun lepas, bagaimana probiotik membantunya mengatasi masalah resdung tanpa perlu menjalani pembedahan.

Thialan percaya orang ramai perlu dididik mengenai manfaat probiotik dan beliau bersedia berkongsi pengetahuan.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai probiotik boleh menghubungi Thialan di support@ohhira2u.com atau layari laman web www.ohhira2u.com.

0 comments:

Followers